Anggur baik untuk kesihatan

SELAIN rasa yang enak dan segar, anggur ternyata dapat memberikan zat dalam tubuh badan dan membantu menyumbang memperoleh kesihatan yang baik untuk kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Menurut kajian yang disiarkan di dalam Journal of Food Science baru-baru ini, pengambilan buah itu boleh dibuat sama ada dengan memakan anggur yang segar, kismis dan minum jus.

Penemuan itu dibuat menerusi analisis data melibatkan lebih 21,800 kanak-kanak dan orang dewasa yang dilakukan Kajian Pemeriksaan Pusat Kesihatan dan Nutrisi Kebangsaan di Amerika Syarikat yang membuat kajian terhadap pola pemakanan penduduk Barat.

Para penyelidik memberitahu, anggur dan kismis amat kaya dengan serat manakala jus anggur memiliki banyak nutrisi yang dapat membantu melawan penyakit jantung dan kanser.

Menurut ketua penulis tentang kajian anggur itu, Dr. Carla McGill, pengambilan buah itu akan dapat meningkatkan kesihatan jika si pemakannya kurang mengambil makanan yang tidak menyihatkan tubuh badan.

Makanan yang tidak menyihatkan itu, katanya, adalah seperti pengambilan lemak dan gula.

Imej
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: